Seramai 10 orang staf Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) telah bertugas sebagai sukarelawan untuk Program CSR Bangsa Johor Bahagia yang telah diadakan di Bilk Latihan 1, Aras 2, CICT.   Program yang berlangsung pada 9 Mac 2019, bermula dari jam 2.00 – 5.00 petang telah disertai oleh 37 orang peserta dewasa dan 7 orang kanak-kanak dan merupakan siri kedua yang sebelum ini telah diadakan pada 6 Oktober 2018 di Pangsarpuri Kangkar Pulai dan CICT.

 

Dalam program siri ke-2 ini, pihak CICT telah mengadakan ‘Bengkel Pemerkasaan Penggunaan Media Sosial, Siri 2’ kepada peserta dewasa.  Ia adalah berkaitan Pengenalan kepada Facebook (FB) dan Instagramn (IG) juga perlantikan sebagai Admin dan Editor untuk FB dan IG.  Peserta kanak-kanak pula diadakan peraduan melukis gambar berpandukan pemerhatian aktiviti BJB di Pangsapuri mereka pada sebelah pagi.

 

Dalam bengkel ini diajar bagaimana cara mewujudkan hebahan produk/aktiviti, kongsi photo/video, laksana calendar aktiviti dan wujudkan acara, pengurusan maklumat dan penyelarasan FB dan IG.

 

Fasilitator terdiri daripada Puan Zuraida binti Abdul Ghani, Encik Mohd Jamhari bin Mohd Rafee berserta Puan Siti Hajar binti Mohd Noh, Cik Norazreen binti Ismail, Unit Rangkaian terdiri daripada Encik Mohd Zihan bin Abdul Aziz dan Unit Teknikal adalah Encik Mohamad Amirul Aliff bin Shahri.  Puan Ruziah binti Abd Rahman dan Puan Rokiah bte Othman bertindak sebagai Urusetia Program dan Encik Mohd Safudin bin Nordin selaku Fotografi.  Turut serta dalam program ini adalah Profesor Dr Rose Alinda bt Alias, Ketua Program dan Puan Siti Faridah bt Shaikh Abd. Rahman, Puan Azniza bt Ali serta Cik Kauthsar bt Daud.  Turut membantu dalam program ini adalah Dr. Nazmona bt. Mat Ali.

 

Peserta bertolak balik ke Pangsapuri Kangkar Pulai pada jam 5.10 petang setelah selesai sesi bergambar beramai-ramai bersama-sama sukarelawan CICT.