Program Bangsa Johor Bahagia telah dilancarkan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor pada 17 Mac 2019 bersamaan 10 Rajab 1440 Hijrah bertempat di Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru.
Program Bangsa Johor Bahagia ini adalah sebuah projek komuniti di bawah naungan Yayasan Sultan Ibrahim Johor dan Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor. Komunitinya adalah di Rumah Pangsa Bandar Baru Kangkar Pulai.
Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) telah mengadakan dua kali Program Bangsa Johor Bahagia iaitu pada 6 Oktober 2018 dan 9 Mac 2019. CICT telah menganjurkan program yang berbentuk IT seperti mengadakan Bengkel Penggunaan Media Sosial (Pengenalan Facebook, Instagram, Laman Web) dan aktiviti-aktiviti yang berpotensi ke arah penjanaan ekonomi secara ‘online’. Program ini telah diadakan di Rumah Pangsa Bandar Baru Kangkar Pulai dan CICT.