Sesi Morning Briefing with Director of CICT bersama semua staf Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) telah diadakan pada 05 Mei 2019 (Ahad) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 2, CICT. Majlis bermula pada jam 8.15 hingga 10.00 pagi.
Morning Briefing ini adalah mengenai perkembangan dan aktiviti CICT untuk tahun 2019 bermula Januari. Penjelasan dari semua bahagian telah disampaikan oleh Ketua Bahagian masing-masing termasuk Pengerusi Badan Kebajikan CICT.
Sesi perkongsian ini diadakan untuk memberikan maklumat pencapaian suku tahun pertama dan perancangan suku tahun kedua bagi tahun 2019. Selaras dengan sesi Engagement with VC yang akan diadakan pada 8 Mei 2019 di Dewan Seminar CICT, diharapkan semua warga CICT telah sedia maklum tentang pencapaian dan perancangan CICT pada tahun 2019. Maklumat ini juga penting bagi calon yang memohon kenaikan pangkat khususnya bagi staf Kumpulan Pengurusan dan Profesional.