Centre for Global Open Access Learning, Immersive Technology & Networks (GOAL-ITQAN), USIM telah mengadakan sesi lawatan ke CICT, UTM Johor Bahru pada 9 Julai 2019 (Selasa), bermula jam 9.00 pagi. Lawatan tersebut diketuai oleh Profesor Madya Dr. Madihah Mohd Saudi, Chief Information Officer (CIO)dan disertai oleh 14 orang staf iaitu Timbalan-timbalan Pengarah dan Ketua-ketua Unit.
Lawatan tersebut bertujuan untuk berkongsi pengalaman berkaitan pelaksanaan Smart University/Smart Campus yang telah dijalankan di UTM seterusnya membuat penanda aras bagi pelaksanaan Smart University USIM.
Delegasi USIM telah dibawa melawat ke Pusat Data, CICT, UTM. Perbincangan dan lawatan berakhir pada jam 1.00 petang.