Selaras dengan hasrat UTM untuk menyemarakkan Sambutan Bulan Kemerdekaan 2020, UTMDigital dengan kerjasama Kelab BUDI (Kelab Bakti Ukuwah Dinamik, UTMDigital) telah mengadakan Program Gaya Hidup Sihat Peringkat UTMDigital iaitu Fun Walk Bulan Kemerdekaan pada 16 Ogos 2020, (Ahad) bermula dari jam 7.45 pagi bertempat di Depan Tasik PKU (Pusat Kesihatan UTM) UTM Johor Bahru (tempat berkumpul).
Program dimulai dengan pendaftaran warga UTMDigital, diikuti oleh aktiviti regangan yang diketuai oleh En Mohd Safudin bin Nordin. Laluan untuk aktiviti Fun Walk ini adalah di sepanjang tasik PKU menuju ke Bahagian Keselamatan UTM dan kemudian kembali semula ke tempat berkumpul. Seramai 54 orang warga UTMDigital turut menyertai program tersebut.
Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, aktiviti pada kali ini akan melalui normal baharu dengan panduan-panduan yang bersesuaian selaras dengan panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Keselamatan Negara. Aktiviti UTMDigital Fun Walk Bulan Kemerdekaan berakhir pada jam 9.00 pagi. UTMDigital mengucapan ribuan terima kasih dan syabas kepada seluruh warga UTMDigital kerana telah menjayakan program menyemarakkan Sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia Kali Ke-63.