Jabatan Perkhidmatan Digital (UTMDigital), UTM Johor Bahru telah menerima kunjungan daripada delegasi Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada 9 September 2020 (Rabu), jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat HIK Vision, Aras 2, Jabatan Perkhidmatan Digital (UTMDigital).
Seramai 10 orang staf yang terdiri daripada pelbagai PTJ Universiti Malaysia Terengganu (UMT) iaitu Profesor Ts. Dr. Muhammad Suzuri bin Hitam (Pengarah IT, UMT), selaku ketua delegasi, diiringi oleh 9 staf UMT iaitu Dr. Rabiei bin Mamat (Timbalan Pengarah), Pn Rosnaidi bin Jusoh, Pn Juraini bin Jolan, Encik Tajul Arifin bin Abd. Manan, Encik Mohamad Jazli Shafizan Jaafar, Encik Mohd Erman Safawie Che Ibrahim, Tn Haji Wan Mohd Wazir Wan Abdul Wahab (Ketua Pegawai IT), Prof Madya Dr. Ts. Rosmayati binti Mohamad (Pensyarah), dan Puan Nur Amirah binti Amiruddin (Pegawai Penyelidik Sosial).
Lawatan ini bertujuan untuk mempelajari kaedah pengurusan data, penyediaan gudang data dan pembangunan data analitik di UTM secara lebih terperinci.
Program tamat jam 12.00 tengahari, diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan ringan.