Jabatan Perkhidmatan Digital (UTMDigital) UTM Johor Bahru telah menerima kunjungan daripada Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE), Kajang, Selangor pada 8 September 2020 (Selasa), jam 10.00 pagi bertempat  di Bilik Mesyuarat HIK Vision, Aras 2, Jabatan Perkhidmatan Digital (UTMDigital).

Kunjungan ini terdiri dari 4 orang staf STRIDE yang diketuai oleh YBrs. Dr. Zalini binti Yunus, Pengarah Kanan, Nukleus Konvensyen Senjata Biologi & Toksin.

Lawatan kerja ini bertujuan untuk memahami dan mempelajari struktur, proses dan pelaksanaan sistem repositori yang diuruskan oleh UTM.  STRIDE dalam proses untuk membangunkan satu sistem repositori RDC&I pertahanan.  Dan lawatan ini juga adalah sebagai satu penanda aras sumber rujukan bagi pengurusan dan pelaksanaan sistem repositori RDC&I pertahanan. Semoga kerjasama di antara Jabatan Perkhidmatan Digital (UTMDigital) UTM Johor Bahru dan Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE), Kajang, Selangor akan mengeratkan lagi hubungan keduanya.