3 Mac 2021 adalah hari terakhir Tuan Haji Roslai bin Paimin berkhidmat di UTM kerana akan mula bersara wajib pada 4 Mac 2021. Beliau telah berkhidmat di UTM selama 32 tahun.
Tuan Haji Roslai bin Paimin mula berkhidmat di UTM pada 16 Mac 1987 sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 di Institut Sains Komputer (ISK) UTM Kuala Lumpur, dan di penghujung tahun 1989 beliau telah berpindah ke UTM Johor Bahru.
Beliau telah dinaikkan pangkat ke jawatan Pegawai Teknologi Maklumat (F41) pada 8 Jun 1995 dan diakhir perkhidmatan beliau telah menjawat jawatan sebagai Ketua Pegawai Teknologi Maklumat Kanan (F54) dengan gelaran Timbalan Pengarah (Strategik) sejak 30 September 2019.
Sepanjang perkhidmatan, Tuan Haji Roslai bin Paimin telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 1989, Anugerah Khidmat Kepujian Universiti dalam tahun 1997 dan Anugerah Jasa Bakti pada tahun 2007 serta Anugerah Jasa Setia bagi tahun 2017. Pihak UTMDigital mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Haji Roslai bin Paimin di atas jasa-jasa dan sumbangan beliau terutamanya UTMDigital khasnya dan UTM. Semoga Tuan Haji Roslai bin Paimin sentiasa berada di dalam keadaan sihat dan ceria setelah bersara.