Sukacita dimaklumkan bahawa, pihak Jabatan Perkhidmatan Digital (UTMDigital) akan mengadakan Program Fast Track Microsoft: ‘Microsoft Azure Active Directory Premium (AADP) Workshop’ seperti maklumat berikut :
Tarikh : 10 Februari 2021 (Rabu)
Masa : 9.30 am – 10.30 am
Penceramah : Encik Muhamad Syukri Abdul Manaf
Microsoft 365 Cloud Adoption Engineer
Kaedah : Secara Sidang Video menggunakan Microsoft Teams
Pautan : http://tiny.cc/UTMDigitalFastTrack
Keperluan: Semua peserta kursus perlu menggunakan UTM Microsoft Live Account (live.utm.my).
Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan Digital Care UTMDigital melalui emel: digitalcare@utm.my | Phone No : 07-5532136 (JB) /
03-26154440 (KL) | Mobile Apps : DigitalCare@UTMSmart
Objektif Program Fast Track Microsoft: ‘Microsoft Azure Active Directory Premium (AADP) Workshop’ ini diadakan adalah:
a) Pengenalan kepada ‘Microsoft Azure Active Directory’.
b) Penyelesaian pengurusan identiti dan akses berasaskan ‘Cloud’.
Untuk makluman, UTMDigital sebagai ‘Pemacu Universiti Digital’ akan terus memainkan peranan yang penting dalam membantu warga akademik menggunakan teknologi sepanjang tempoh pandemik Covid-19 dengan menyediakan beberapa inisiatif yang menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam talian dan memastikan ketahanan institusi (Institutional Resilience) UTMDigital.
Selain itu, UTMDigital akan mengadakan kursus tersebut secara berterusan sepanjang tahun 2021. Staf yang turut serta dalam program ini akan diberikan mata CPD dan sijil penyertaan dari Microsoft.
Sehubungan dengan itu, Y.Bhg.Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dijemput untuk menyertai kursus tersebut.
Sekian, terima kasih.