Sukacita dimaklumkan bahawa, pihak Jabatan Perkhidmatan Digital (UTMDigital) akan mengadakan Program Fast Track Microsoft: Microsoft 365 Applications Workshop. Untuk makluman, Microsoft 365 terdiri daripada aplikasi terbaru antaranya seperti Word, Excel, PowerPoint, Power BI dan Sharepoint yang dapat membantu organisasi meningkatkan produktiviti kerja staf. Inisiatif ini adalah selaras dengan peranan UTMDigital sebagai Pemacu Universiti Digital yang akan membantu warga kampus menggunakan teknologi sepanjang tempoh pandemik Covid-19.
Maklumat program adalah seperti berikut:
Tarikh : 7hb Julai 2021 (Rabu)
Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengahari
Penceramah : En. Muhamad Syukri Bin Abdul Manaf
Microsoft 365 Cloud Adoption Engineer
Alfa Connection
Moderator : En. Mohd Sofian Bin Mohd Amran
Pegawai Teknologi Maklumat
Bahagian Strategi Digital, UTMDigital
Kaedah : Secara Sidang Video menggunakan Microsoft Teams
Pautan : http://tiny.cc/UTMDigitalM365
Untuk makluman, UTMDigital akan mengadakan Program Fast Track ini secara berterusan sepanjang tahun 2021. Staf yang turut serta dalam program ini akan diberikan mata CPD dan sijil penyertaan.
Sehubungan dengan itu, semua staf adalah dijemput menyertai program ini.
Sekian, terima kasih.