UTMSmart Versi 5.02: “Kini Berwajah Baharu”

Aplikasi UTMSmart kini berwajah baharu menerusi versi 5.02 dengan penampilan beberapa ciri baharu seperti susun atur dan navigasi yang dipermudahkan, penetapan ikon kegemaran, peningkatan ciri dan modul serta modul perpustakaan yang baharu. Ini sejajar dengan usaha UTMDigital dalam memperkasakan gaya hidup digital komuniti UTM.

Semua staf dan pelajar boleh mengemaskini atau memuat turun aplikasi UTMSmart Versi 5.02 menerusi App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery.

Terima kasih.