Jabatan Perkhidmatan Digital (UTMDigital) telah mengadakan Bengkel Perlaksanaan Strategik UTMDigital pada 9 hingga 11 Februari 2020.  Bengkel ini diadakan di Savannah Hill Resorts, Ulu Tiram, Johor bermula dari jam 8.00 pagi hingga 11.00 malam.  Tujuan mengadakan bengkel ini adalah untuk menyokong PGU3 Tahun 2020.

Seramai 34 peserta telah menjayakan bengkel ini.  Mereka terdiri daripada Pegawai Teknologi Maklumat UTMJB dan UTMKL, termasuk yang mengikuti Program Attachment dan Ambassador serta Senior Felo IT dan Felo IT.  Fasilitator bengkel iaitu Encik Syamizam bin Shahudin daripada Syarikat TM telah dijemput untuk mengendalikan bengkel tersebut.

Bengkel Perlaksanaan Strategik UTMDigital tamat dengan jayanya.