12 Januari 2020 adalah tarikh bersejarah bagi Encik Wan Saari bin Wan Alias kerana pada tarikh tersebut adalah hari terakhir Encik Wan Saari berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Digital (UTMDigital), Universti Teknologi Malaysia.  Beliau telah memohon bersara awal setelah berkhidmat selama 31 tahun.

Bahagian Pengurusan Korporat telah mengadakan sesi Clock-Out untuk Encik Wan Saari tepat jam 5.00 petang bertempat di Pejabat Am CICT bersama warga UTMDigital.

Selamat menempuh alam persaraan Encik Wan saari dan semoga diberi kesihatan yang berpanjang serta dipermudahkan segala urusan.