Seramai 150 orang peserta UTM dan 16 peserta daripada CICT telah menyertai Larian UTM Staf Games, USG2019 yang telah diadakan di Stadium Tan Sri Azman Hashim, UTM pada 19/10/19.  Semua atlet diminta memakai nombor larian & mendaftarkan nama peserta 30 minit sebelum acara dimulakan.  Ada dua checkpoint untuk dilalui oleh pelari. 

Encik Mohd Safudin bin Nordin atlet daripada CICT telah menduduki tempat ke enam dalam acara larian 5km terbuka UTM dan kesemuanya staf CICT yang menyertai larian 5km telah berjaya menamatkan lariannya hingga ke garisan penamat.

Tahniah juga diucapkan kepada semua peserta larian 5km lelaki dan wanita CICT yang telah menyertai acara tersebut