Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) telah menerima kunjungan seramai 40 orang delegasi daripada Fakulti Teknologi Maklumat & Komunikasi (FICTS), UTeM iaitu 39 orang mahasiswa dan seorang pegawai pengiring pada 10 November 2019 (Ahad) pada jam 3.00 petang hingga 5.00 petang.  Mereka telah diiringi oleh beberapa wakil pelajar daripada persatuan pelajar UTM untuk membantu semasa lawatan berlangsung.

Tujuan lawatan adalah berorientasikan akademik di mana mereka ingin mengetahui dengan lebih mendalam berkenaan kemudahan, infra dan servis yang terdapat di CICT.

Taklimat CICT telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 2, CICT dan telah disampaikan oleh Encik Zahari bin Zainal Abidin, Pegawai Teknologi Maklumat, CICT. Sebelum majlis selesai delegasi telah dijamu dengan Roti Jala dan Kari Ayam dan diakhiri dengan sesi bergambar