Bahagian Pengurusan Teknologi dan Maklumat (BPTM), Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim (MESTECC) telah mengadakan Lawatan Pelaksanaan Dan Penggunaan Sistem Kehadiran Face Recognition di UTM Kuala Lumpur pada 20 Februari 2020 (Khamis) bermula jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang.

Deligasi MESTECC telah diketuai oleh Setiausaha Bahagian Pengurusan Teknologi dan Maklumat iaitu Encik Johari bin Hashim.  Delegasi telah dibawa melawat Pengunaan Face Recognition di Lobi Bangunan Menara Razak dan seterusnya ke Bilik Mesyuarat FTIR, Aras 5 Menara Razak bagi Sesi Taklimat. 

Ucapan alu-aluan dan taklimat ringkas telah disampaikan oleh Pengarah UTMDigital, Prof. Madya Dr. Mohd Shahizan bin Othman dan seterusnya sesi menandatangan Guest Book dan Penyampaian Cenderamata. Lawatan Penggunaan Face Recognition turut dilakukan di Bangunan MJIIT Aras 2, Bangunan MJIIT.  Sebelum berpisah, Sesi Bergambar di Lobi Menara Razak bersama Deligasi MESTECC.