Jabatan Perkhidmatan Digital (UTMDigital), UTM Johor Bahru telah menerima kunjungan daripada UMW Corporation Sdn. Bhd. dan MagicX pada 9 September 2020 (Rabu), jam 2.30 petang bertempat  di Bilik Mesyuarat HIK Vision, Aras 2, Jabatan Perkhidmatan Digital (UTMDigital) dan sekitar UTM.

Seramai 5 orang staf UMW Corporation Sdn. Bhd. Diketuai oleh Encik Zailani Ali, Group Chief HR Officer, Encik Mohamed Shaharudin, Encik Amrul Habibullah Amir, Encik Muhamad Shahrul Hanif dan Encik Abdul Aziz Edar, manakala wakil dari MagicX terdiri daripada Prof. Sharizal Sunar, Prof. Madya Dr. Mohd Yazid, Dr Kamarul Afizam Ismail, Encik Azizul Azman, Encik Mohd Firdaus  Said. UTMDigital telah diketuai oleh Encik Nik Kamal Izuddin bin Nik Ibrahim, Puan Zaiton binti Salimon, Mohammed bin Mohd Hasni dan Puan Azniza binti Ali.

Lawatan ini bagi bertujuan untuk mendapat pendedahan tentang UTM Data Center (UTMDC) dan perkhidmatan yang ditawarkan   oleh  UTMDigital.

Program tamat jam 4.00 petang, diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan ringan.