Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi UTM Johor Bahru telah menganjurkan Majlis Penghargaan dan Kecemerlangan Staf 2019 pada 12 Disember 2019 (Khamis) bertempat di Dewan Maharani, Hotel Impiana, Senai, Johor Bahru.  Majlis tersebut bermula pada jam 2.00 petang.  Tema pada tahun ini adalah Hitam Berprestij (Prestigious Black).

Seramai 120 staf telah menghadiri majlis meriah tersebut termasuk staf dari Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi UTM Kuala Lumpur dan pelajar-pelajar Latihan Industri dari CICT UTM Johor Bahru. 

Sebagai tanda penghargaan kepada rakan-rakan sekerja, satu acara pertukaran hadiah sesama staf telah diada sebagai sesi cabutan bertuah.

Majlis gemilang tersebut telah berakhir pada jam 5.oo petang.