Satu majlis penyampaian hadiah kepada kesemua 6 pemenang Google Cloud Hero telah diadakan pada 13 September 2022 bertempat di Google Malaysia, Menara Axiata, Kuala Lumpur. Google Cloud Hero Hackaton dengan topik App Dev topic adalah satu program latihan percuma yang direkabentuk untuk pelajar/pembangun perisian bersama-sama belajar dan terlibat dalam pertandingan hands-on yang mesra di dalam persekitaran gamified lab dalam Google Cloud Skills Boost.

Google Cloud Hero Hackathon ini adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia telah dilaksanakan pada 25 hingga 26 Julai yang lepas di UTMDigital anjuran bersama UTMDigital, Google Malaysia dan Awantec.  Seramai 25 orang peserta dari Sekolah Komputeran telah mengikuti program ini, telah dibahagikan kepada 3 sesi di mana 2 peserta telah dipilih sebagai pemenang berdasarkan kepada markah tertinggi yang diperolehi. Peserta yang telah dinobatkan sebagai pemenang Google Cloud Hero adalah Liow Zhi Hao, Narendran A/L Rammudo, Luqman Al-Hakim Bin Ghani, Golam Wasy Arnob, Nabil Alkahar Dan Muhammad Khalif Arbai.

UTMDigital sangat berbesar hati dan menghargai peluang yang diberikan oleh Google Malaysia dan Awantec untuk berkerjasama dalam perlaksanaan program Google Cloud Hero yang pertama di Malaysia.