Bahagian Pengurusan Korporat CICT (BPKCICT) dengan kerjasama Badan Kebajikan CICT (BKCICT) telah menganjurkan
Majlis Tahlil Perdana, Ceramah Ambang Ramadhan Dan Majlis Persaraan Staf yang diadakan pada 25 April 2019 (Khamis).  Majlis bermula pada jam 10.00 pagi bertempat di Dewan Seminar, Aras 4, CICT.
Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh Encik Wan Mat bin Wan Sulaiman dan Ceramah Ambang Ramadhan telah disampaikan oleh YBhg. Ustaz Juhazren bin Junaidi, Pensyarah dari Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, UTM Johor Bahru.
Majlis diikuti oleh ucapan perpisahan daripada Tuan Haji Samsudin bin Nyat dan Encik Zainal bin Ami serta majlis penyampaian cenderahati bagi staf bersara dan staf yang menyambut ulang tahun kelahiran dari bulan Januari hingga bulan April 2019.
Majlis diakhiri dengan majlis makan berdulang beramai-ramai bagi merapatkan lagi hubungan silaturahim dan ukuwah dikalangan sesama staf CICT dan pelajar praktikal.