Seluruh warga Jabatan Perkhidmatan Digital (UTMDigital) UTM Johor Bahru dan UTM Kuala Lumpur telah menghadiri Majlis Perjumpaan Bulanan  Bersama Pengarah UTMDigital dan Ucapan Tahun Baru.  

Majlis tersebut telah diadakan pada 23 Januari 2020 (Khamis) jam 8.30 pagi – 9.30 pagi bertempat di Dewan Seminar UTMDigital, Aras 4  UTM Johor Bahru.  Bagi warga UTMDigital UTM Kuala Lumpur pula telah diadakan di Bilik Mesyuarat UTMDigital , UTM Kuala Lumpur secara lintas langsung.

Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh Encik Wan Mat bin Wan Sulaiman dan Pembentangan oleh YBrs. Pengarah UTMDigital
Sokongan dan komitmen semua staf UTMDigital menghadiri amatlah dihargai dan kehadiran telah direkodkan sebagai mata CPD ke dalam sistem UTMSmile.