Sukacita dimaklumkan bahawa, pihak Jabatan Perkhidmatan Digital (UTMDigital) akan mengadakan Program Fast Track Microsoft : Microsoft Teams Meeting Workshop. Untuk makluman, Microsoft Teams merupakan alat bantu (tool) komunikasi dan kolaborasi bekerja yang boleh membantu organisasi meningkatkan produktiviti kerja staf. Inisiatif ini adalah selaras dengan peranan UTMDigital sebagai Pemacu Universiti Digital yang akan membantu warga kampus menggunakan teknologi sepanjang tempoh pandemik Covid-19.

 

Maklumat program adalah seperti berikut: 

            Tarikh             :  28hb Februari 2022 (Isnin)

            Masa               :  10.00 – 11.00 pagi

            Penceramah  :  En. Muhamad Syukri Bin Abdul Manaf

                                            Microsoft 365 Cloud Adoption Engineer

                                            Alfa Connection

             Kaedah           :  Secara Sidang Video menggunakan Microsoft Teams

             Pautan            : https://bit.ly/3v96Nxy

 

Untuk makluman, UTMDigital akan mengadakan Program Fast Track ini secara berterusan sepanjang tahun 2022. Staf yang turut serta dalam program ini akan diberikan mata CPD dan sijil penyertaan.

Sehubungan dengan itu, semua staf P&P adalah dijemput menyertai program ini. 

Sekian, terima kasih.