Program Gotong Royong Perdana UTM telah dilaksanakan pada 04 Julai 2019 (Khamis) pada jam 9.15 pagi – 11.15 pagi mengikut lokasi zon yang telah ditetapkan di PTJ masing-masing.  Warga CICT, juga tidak ketinggalan pelajar praktikal CICT turut bersama-sama menjayakan program ini sebagaimana yang dihasratkan oleh Pengurusan CICT dan Universiti.

Untuk memeriahkan lagi program gotong royong, staf digalakkan membawa POT LUCK untuk bahagian masing-masing.