Jawatankuasa Induk Hari Keluarga UTM 2019 telah mengadakan Program Hari Keluarga UTM 2019 untuk seluruh warga UTM bersama keluarga pada 17 Ogos 2019 (Sabtu) bermula jam 7.00 pagi hingga 1.00 tengahari.  Program ini telah diadakan di Stadium Azman Hashim, UTM Johor Bahru. 
 
Seluruh warga CICT hadir bersama ahli keluarga ke Program Hari Keluarga UTM 2019.  Tema warna Zon C (CICT) ialah warna Oren.
 
Pelbagai acara dan permainan sukan dipertandingkan antara PTJ disamping hadiah cabutan bertuah istimewa.  Hadiah Utama cabutan bertuah akan dipilih di kalangan staf yang hadir sebelum pukul 7.30 pagi.
 
Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi telah menyertai pelbagai pertandingan sukan dalam pelbagai acara.  Program ini adalah salah satu program yang mempereratkan lagi hubungan sesama staf PTJ dan keluarga.
 
Kehadiran warga UTM akan direkodkan dan diberi mata CPD.