Bersempena dengan Hari Kemerdekaan Malaysia kali ke-63, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah mengadakan Program  Fun Ride Merdeka 10.1km Berbasikal yang telah diadakan pada 4 Ogos 2020 (Selasa).  Program telah dilancarkan oleh YBhg. Datuk Naib Canselor UTM, YBhg Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar. 

Program Fun Ride Merdeka 10.1km Berbasikal bermula dari jam 5.00 petang, bermula dari Lobi Bangunan Canselori Sultan Iskandar (BCSI), UTM Johor Bahru, melalui laluan  di sekitar kampus UTM Johor Bahru dan berakhir di Lobi Dewan Sultan Iskandar.  Program tamat jam 6.00 petang. 

Seramai 48 peserta telah menyertai program tersebut.  5 orang staf UTMDigital turut menyertai acara tersebut iaitu Encik Mohd Hamri bin Md Yusuf, Encik Mohd Safudin bin Nordin, Encik Madradzi bin Muhamad, Encik Abd Haris bin Ismail dan Encik Azmi bin Kamis. 

Syabas dan tahniah.