Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT), UTM telah menganjurkan program Sesi Engagement YBhg Naib Canselor Bersama Staf CICT pada 08 Mei 2018 (Rabu).   Sesi yang bertajuk Engagement Session YBhg. Datuk Naib Canselor bersama staf CICT ini bermula dari jam 11.00 pagi dan bertempat di Dewan Seminar, Aras 4, CICT UTM Johor Bahru.

Pengarah CICT telah membuat pembentangan mengenai agenda CICT iaitu Pelaporan KAI, Pencapaian Prestasi, Program We Care dan Program Amal Bakti

Kehadiran warga CICTJB dan CICTKL (Video Conference) akan direkodkan ke UTMSMILE.