Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) UTM Johor Bahru telah menganjurkan program sesi taklimat Dell Tech Update-Work Force Transformation (Clients) pada 30 September 2019 (Isnin) jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari bertempat di Bilik RUCKUS, Aras 2, CICT, UTM Johor Bahru.
 
Ceramah dari pihak DELL telah disampaikan oleh Mr Ian Koay – DELL Product Technologist, Encik Adif Asyraf, Product Manager dan Puan Ayuni Hasna Said, Product Manager Zoom.

Seramai 50 staf CICT telah hadir ke sesi taklimat tersebut.

Semoga dengan kehadiran dan komitmen staf CICT dalam sesi taklimat Dell Tech Update- Worliforce Transformation(Clients) akan dapat memberi manfaat kepada semua dan kehadiran ke taklimat tersebut telah direkodkan dalam Sistem UTMSmile.

Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.