Anugerah Citra Karisma 2026
Anugerah TEKNOLOGI MAKLUMAT
ANUGERAH TEKNOLOGI MAKLUMAT 2026
(TAHUN PENILAIAN 2025)
TUJUAN
Anugerah Teknologi Maklumat (ATM) diwujudkan bagi mengiktiraf Fakulti dan Jabatan yang telah berusaha secara berterusan bagi memperkasakan penggunaan ICT secara meluas dan inovatif dalam meningkatkan keberkesanan dan kualiti urustadbir serta perkhidmatan kepada pelanggan. Anugerah ini juga bertujuan meningkatkan imej dan daya saing antara Fakulti dan Jabatan dalam melaksanakan tugas dan aktiviti menggunakan ICT serta membuat transformasi secara inovatif dan kreatif.
ATM memfokuskan kepada Fakulti dan Jabatan yang menggunakan kemudahan ICT dan mengaplikasikan sistem Universiti yang telah dibangunkan secara menyeluruh dan berkesan dalam melaksanakan urustadbir organisasi.
KATEGORI
Anugerah Teknologi Maklumat (ATM) dibahagikan kepada 2 (dua) kategori iaitu :
JABATAN
FAKULTI
SYARAT PENYERTAAN
• Penyertaan ATM adalah WAJIB kepada semua Fakulti dan Jabatan seperti di bawah:
Kategori Fakulti
|
Bil |
Nama Fakulti |
|
1. |
Fakulti Kejuruteraan Elektrik
|
Kategori Jabatan
|
Bil |
Nama Jabatan |
|
1. |
Jabatan Canseleri |
HADIAH
Hadiah yang ditawarkan kepada Fakulti dan Jabatan yang memenangi anugerah ini adalah berupa wang tunai berjumlah RM1,500.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ribu Lima Ratus Sahaja), plak dan sijil penyertaan yang akan disampaikan pada Majlis Citra Karisma 2026.
Sijil penyertaan akan diberikan kepada semua Fakulti/Jabatan yang menyertai anugerah ini. Perincian boleh dirujuk di jadual di bawah.
|
Kategori |
Pemenang |
Hadiah |
|
1. Jabatan
|
Terbaik |
RM1,500.00, Trofi dan Sijil |
|
|
Penyertaan |
Sijil |
|
2. Fakulti
|
Terbaik |
RM1,500.00, Trofi dan Sijil |
|
|
Penyertaan |
Sijil |
KRITERIA PENILAIAN
Pemilihan ATM adalah berdasarkan kepada empat (4) komponen utama yang ditetapkan iaitu :-
Komponen A : Perkhidmatan ICT (30%)
Komponen B : Governan (20%)
Komponen C : Pembudayaan ICT (40%)
Komponen D : Kualiti/Pengiktirafan (10%)
Perincian kriteria dan markah boleh dirujuk di bawah. Klik tanda ➕ untuk melihat perincian.
KOMPONEN A PERKHIDMATAN ICT (30%)
| No | Komponen/Kriteria | Pembuktian | Jumlah Markah |
|---|---|---|---|
| A | PERKHIDMATAN ICT (30%) | 30 | |
| 1 | Perkhidmatan ICT di Pusat Tanggungjawab (PTJ) bagi menyokong operasi harian merangkumi: | 12 | |
| 1.1 |
Infrastruktur (kemudahan Smart classroom, smartboard, video conferencing, wifi, komputer dan lain-lain).
|
|
5 |
| 1.2 | Infostruktur (sistem-sistem utama Universiti, dashboard data analitik). |
|
5 |
| 1.3 | Sistem-sistem yang dibangunkan/off the shelf oleh PTJ dan mengikut amalan terbaik pembangunan sistem. |
|
2 |
| 2 | Polisi/garis panduan/ prosedur/peraturan bagi menyokong perkhidmatan ICT yang digunakan. |
|
8 |
| 3 | Kaedah pengukuran kepada perkhidmatan ICT yang disediakan melalui kajian kepuasan pelanggan atau lain-lain. |
|
10 |
KOMPONEN B GOVERNAN (20%)
| No | Komponen/Kriteria | Pembuktian | Jumlah Markah |
|---|---|---|---|
| B | GOVERNAN (20%) | 20 | |
| 1 | Struktur Pengurusan dan sokongan Pengurusan Atasan | 12 | |
| 1.1 | Struktur governan ICT di PTJ | 10 | |
| 1.1.1 | Struktur governan ICT di PTJ |
|
2 |
| 1.1.2 | Sumber manusia – kompetensi staf IT di PTJ |
|
2 |
| 1.1.3 |
Pengurusan aset dan kapasiti sokongan staf ICT di PTJ
|
|
4 |
| 1.1.4 | Hubungan staf IT dengan staf/pelajar di PTJ |
|
2 |
| 1.2 | Jaringan hubungan dengan UTMDigital dalam pelaksanaan projek ICT PTJ |
|
2 |
| 2 | Perancangan Strategik ICT | 8 | |
| 2.1 | Adakah perancangan ICT termasuk dalam perancangan strategik terkini PTJ atau ada perancangan ICT lain? |
|
3 |
| 2.2 | Tahun perancangan dibuat dan tempoh perancangan tersebut |
|
2 |
| 2.3 | Strategi/inisiatif/aktiviti ICT yang terlibat dan pencapaiannya |
|
3 |
KOMPONEN C PEMBUDAYAAN ICT (40%)
| No | Komponen/Kriteria | Pembuktian | Jumlah Markah |
|---|---|---|---|
| C | PEMBUDAYAAN ICT (40%) | 40 | |
| 1 | Penggunaan kemudahan ICT sedia ada untuk meningkatkan produktiviti PTJ |
|
10 |
| 2 | Inisiatif ICT untuk menyokong kelestarian kewangan |
|
4 |
| 3 | Sumbangan inisiatif ICT kepada komuniti dalam atau luar UTM |
|
4 |
| 4 | Inisiatif ICT baharu (dinilai tahun semasa) dengan adaptasi teknologi baharu |
|
14 |
| 5 | Program kesedaran/latihan ICT yang dilaksanakan |
|
4 |
| 6 | Kolaborasi dengan PTJ lain dalam melaksanakan inisiatif ICT selari dengan aspirasi ENVISION 2025 UTM |
|
4 |
KOMPONEN D KUALITI/PENGIKTIRAFAN (10%)
| No | Komponen/Kriteria | Pembuktian | Jumlah Markah |
|---|---|---|---|
| D | KUALITI/PENGIKTIRAFAN (10%) | 10 | |
| 1 | Pensijilan ICT yang diperolehi oleh PTJ dan Staf (makmal atau lain-lain) |
|
2 |
| 2 | Pengiktirafan pada tahun 2025 terhadap inisiatif/perkhidmatan ICT (peringkat PTJ, universiti, kebangsaan atau lain-lain) |
|
4 |
| 3 | Menjadi rujukan/penanda aras/kolaborasi kepada PTJ lain/organisasi luar berkaitan inisiatif ICT yang dilaksanakan |
|
4 |
MARKAH BONUS (5%)
| No | Komponen/Kriteria | Pembuktian | Jumlah Markah |
|---|---|---|---|
| Bonus | MARKAH BONUS (5%) | 5% | |
| 1 | Kreativiti dalam pembentangan (penggunaan infografik, jadual, gambar rajah dan lain-lain) | ||
| 2 | Kekemasan slide pembentangan (semua komponen lengkap dan mengikut aturan komponen kriteria) | ||
| 3 | Penyampaian & Penampilan | ||
| 4 | Komitmen pengurusan atasan PTJ | ||
| 5 | Maklumbalas dan kebolehan menjawab soalan | ||
MARKAH PENALTI (-5%)
| Penalti | MARKAH PENALTI (-5%) | -5% | |
| 1 | Penyertaan yang lewat dihantar akan ditolak 5% dari markah keseluruhan yang diperolehi | ||
KAEDAH PENILAIAN
- Panel Penilai akan menyemak dokumen dan bahan-bahan bukti yang dikemukakan oleh Fakulti dan Jabatan.
- Sesi pembentangan Fakulti dan Jabatan akan dibuat kepada Panel Penilai ATM yang akan ditentukan tarikh dan masanya oleh Urusetia ATM.
- Tempoh pembentangan adalah 30 minit dengan perincian iaitu :
1. 20 minit – Pembentangan
2. 10 minit – Sesi soal jawab
- Tarikh Pembentangan adalah pada 12 – 13 Mei 2026*. Jadual Pembentangan akan dimaklumkan kemudian.
- Audit penggunaan ICT di peringkat Fakulti dan Jabatan akan dijalankan sekiranya perlu.
*tarikh pembentangan buat masa ini adalah tentatif dan akan dimaklumkan kemudian.
JADUAL PEMBENTANGAN
Maklumat ini akan dikemas kini dalam masa terdekat.
DOKUMEN & TARIKH TUTUP PENYERTAAN
- Fakulti dan Jabatan hendaklah mengemukakan dokumen ATM iaitu :
- Salinan softcopy dalam format pembentangan PowerPoint (pptx) dan PDF (maksimum 25 slaid).
- Dokumen sokongan dan bahan-bahan bukti.
- Semua dokumen (1 dan 2) hendaklah dimuat naik ke folder yang dikongsikan melalui platform Google Drive sebelum atau pada jam 5:00 petang, 21 April 2026 (Selasa) .
- Penyertaan yang lambat akan ditolak 5% dari keseluruhan markah asal yang diperolehi.
- Pelaporan data adalah bagi tempoh perlaksanaan 1 Jan hingga 31 Disember 2025 sahaja.
BORANG PENCALONAN
STATUS PENYERTAAN & FOLDER DOKUMEN ATM MENGIKUT PTJ
Akses ke pautan folder ini hanya dibenarkan kepada Pegawai tertentu sahaja.
Urusetia Anugerah Teknologi Maklumat
Pejabat Kualiti & Transformasi Digital
Universiti Teknologi Malaysia
Johor Bahru
Tel. : 012-732 3409 (Siti Khatijah) / 019-713 7670 (Idiana) /
019-735 2693 (Diniha)
E-mel : atm@utm.my
Laman Web: https://digital.utm.my/atm