7 Julai 2026 – Delegasi pengurusan Pejabat Kualiti & Transformasi Digital UTM (UTMDX) telah mengadakan lawatan penanda aras ke DigitalUKM, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta Malaysia Testing Centre of Excellence (MyTCoE), Jabatan Digital Negara (JDN).

Delegasi UTM yang disertai seramai 18 orang telah diketuai oleh YBhg. Prof. Ts. Dr. Wan Mohd Nasir Wan Kadir, Penolong Naib Canselor (Kualiti dan Transformasi Digital).

Lawatan ini bertujuan mendapatkan pendedahan berkaitan fungsi, peranan dan perkhidmatan yang dilaksanakan oleh kedua-dua organisasi, khususnya dalam aspek pengujian perisian, jaminan kualiti perisian (Software Quality Assurance – SQA) serta amalan terbaik bagi memastikan pembangunan sistem aplikasi yang berkualiti, selamat dan memenuhi keperluan pengguna.

Lawatan ini bertujuan mendapatkan pendedahan berkaitan fungsi, peranan dan perkhidmatan yang dilaksanakan oleh kedua-dua organisasi, khususnya dalam aspek pengujian perisian, jaminan kualiti perisian (Software Quality Assurance – SQA) serta amalan terbaik bagi memastikan pembangunan sistem aplikasi yang berkualiti, selamat dan memenuhi keperluan pengguna.

Sesi di DigitalUKM memberi peluang kepada delegasi UTMDX memahami pendekatan yang dilaksanakan oleh Bahagian Pengujian Aplikasi dalam mengurus aktiviti pengujian sistem aplikasi di peringkat universiti. Perkongsian turut merangkumi struktur pengurusan, proses kerja serta pengalaman pelaksanaan pengujian yang menyokong pembangunan sistem digital secara lebih sistematik.

Pada sebelah petang, delegasi meneruskan lawatan ke Malaysia Testing Centre of Excellence (MyTCoE), Jabatan Digital Negara. Melalui sesi taklimat dan perbincangan bersama pasukan MyTCoE, delegasi memperoleh pendedahan mengenai peranan pusat tersebut sebagai pusat rujukan Software Quality Assurance (SQA) sektor awam yang menyediakan khidmat nasihat, perundingan, Independent Verification and Validation (IV&V), pembangunan garis panduan serta inisiatif pembudayaan SQA dalam kalangan agensi sektor awam.

Lawatan ini turut membuka ruang kepada pertukaran pandangan, perkongsian pengalaman dan perbincangan mengenai peluang kerjasama strategik dalam memperkasakan tadbir urus pembangunan sistem aplikasi serta meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan digital.

Selaras dengan aspirasi transformasi digital universiti, hasil daripada lawatan penanda aras ini dijangka dapat dimanfaatkan oleh UTMDX dalam memperkukuh amalan pengurusan kualiti, mempertingkat proses pembangunan sistem aplikasi serta menyokong penyampaian perkhidmatan digital yang lebih cekap, berkualiti dan berimpak kepada warga universiti.

Related Articles

UTMDX Semarak Merdeka, Mekarkan Semangat Transformasi Digital

UTMDX Semarak Merdeka, Mekarkan Semangat Transformasi Digital

20 Ogos 2026 – Program Semarak Merdeka 2026 turut diserikan dengan simbolik perasmian Bulan Kemerdekaan melalui penanaman pokok bunga raya, bunga kebangsaan Malaysia, oleh YBhg. Prof. Ts. Dr. Wan Mohd Nasir Wan Kadir, Penolong Naib Canselor (Kualiti dan Transformasi Digital).

UTM Open Day