KUALA LUMPUR, 28 Ogos 2026 – Dalam usaha berterusan memperkukuh kesediaan infrastruktur teknologi dan kualiti perkhidmatan digital di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Pejabat Kualiti dan Transformasi Digital (UTMDX) telah menyertai Bengkel Teknologi Huawei: Future-Ready UTM Network Infrastructure: Connectivity & Resilience yang berlangsung di Menara 106 TRX, baru-baru ini.

 

Bengkel anjuran Huawei Malaysia ini diadakan khas sebagai platform strategik bagi meneroka hala tuju pemodenan rangkaian kampus yang lebih pantas, stabil, dan berdaya tahan.

Menerusi sesi yang berlangsung seharian itu, delegasi UTMDX didedahkan secara mendalam dengan pelbagai penyelesaian teknologi terbaharu daripada gergasi teknologi berkenaan. Antara fokus utama pengisian merangkumi pemodenan rangkaian pusat data, pengurusan sistem virtualisasi yang berasaskan dinamik, serta strategi keselamatan siber termaju bagi melindungi integriti data universiti.

Di samping itu, Huawei turut memperkenalkan ekosistem storan canggih menerusi penyelesaian OceanStor, Dorado, dan OceanProtect. Aplikasi teknologi ini penting dalam memastikan kebolehan pemulihan data yang pantas (disaster recovery) serta kelangsungan perkhidmatan digital universiti sekiranya berlaku sebarang gangguan luar jangka.

Antara fokus utama pengisian merangkumi pemodenan rangkaian pusat data, pengurusan sistem virtualisasi yang berasaskan dinamik, serta strategi keselamatan siber termaju bagi melindungi integriti data universiti.

Selain pembentangan teknikal, wakil UTMDX berpeluang melawat Customer Innovation Centre (CIC) Huawei bagi menyaksikan demonstrasi inovasi secara langsung. Program berkenaan diakhiri dengan sesi perbincangan meja bulat antara pengurusan UTMDX dan Huawei Malaysia untuk meneroka potensi kerjasama strategik masa hadapan, termasuk pemerkasaan infrastruktur IT universiti serta pembangunan bakat digital demi mendepani agenda transformasi digital UTM.

Related Articles

UTM Open Day