28 Julai 2026 – Pejabat Kualiti dan Transformasi Digital (UTMDX), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menerima kunjungan delegasi daripada Pusat Transformasi Digital, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bagi sesi lawatan penanda aras. Pertemuan ini menjadi platform bagi kedua-dua pihak untuk saling bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman mengenai pelaksanaan inisiatif digital di peringkat universiti.

Sebagai tuan rumah, pihak UTMDX berpeluang menceritakan perjalanan dan inisiatif semasa yang sedang diusahakan, termasuk penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) seperti UTMChatbot (aidea), sistem pengesahan foto untuk pendaftaran pelajar, dan bantuan pemilihan program. Selain itu, perbincangan turut menyentuh aspek pengurusan infrastruktur digital, pelaksanaan sistem pengurusan keselamatan maklumat (ISMS) ISO/IEC 27001, serta tatacara pengurusan aset ICT yang diamalkan di UTM.

 UTMDX menghargai kesudian delegasi UMK untuk hadir dan berkongsi idea, di mana perkongsian dua hala seperti ini sangat penting bagi menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan digital di institusi pengajian tinggi.

Sesi ini bukan sahaja memberi ruang untuk kedua-dua pihak berbincang mengenai cabaran dalam pendigitalan, malah menjadi peluang untuk saling belajar antara satu sama lain. Pihak UTMDX turut berharap sesi ini memberikan manfaat buat kedua-dua universiti dalam terus memacu agenda transformasi digital masing-masing.

Related Articles

UTMDX Perkukuh Sokongan Digital Penyelidikan Melalui Integrasi Sistem UTMLab Bersama PPMU

UTMDX Perkukuh Sokongan Digital Penyelidikan Melalui Integrasi Sistem UTMLab Bersama PPMU

Selaku peneraju agenda transformasi digital dan inovasi pintar universiti, UTMDX sentiasa komited menyokong ekosistem penyelidikan UTM.
Melalui penganjuran klinik bimbingan ini, para penyelidik diberi pendedahan dan latihan amali sebagai persediaan berikutan pelaksanaan proses perolehan bahan kimia secara bersepadu antara Sistem UTMLab dan Sistem RADIS (Research and Development Information System).

UTMDX Laksana UAT Sistem CCTV dan ANPR Bersama Bahagian Keselamatan

UTMDX Laksana UAT Sistem CCTV dan ANPR Bersama Bahagian Keselamatan

Satu lagi pencapaian penting dilakarkan oleh pasukan teknikal UTMDX apabila fasa User Acceptance Test (UAT) bagi sistem pemantauan CCTV dan Automatic Number Plate Recognition (ANPR) di pintu masuk utama kampus telah berjaya disempurnakan baru-baru ini.

Fasa pengujian di lapangan ini merupakan proses teknikal yang sangat kritikal bagi UTMDX untuk menilai prestasi operasi yang sebenar.

Pelantikan YBrs. Prof. Ts. Dr. Wan Mohd Nasir bin Wan Kadir sebagai Ketua Pegawai Digital (CDO) UTM

Pelantikan YBrs. Prof. Ts. Dr. Wan Mohd Nasir bin Wan Kadir sebagai Ketua Pegawai Digital (CDO) UTM

Seluruh warga Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Prof. Ts. Dr. Wan Mohd Nasir bin Wan Kadir atas pelantikan beliau sebagai Ketua Pegawai Digital (CDO) Universiti Teknologi Malaysia yang baharu.
Pelantikan strategik ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan UTM dalam menyokong inisiatif MyDIGITAL dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (RTEDM).

UTM Open Day