20 Ogos 2026 – Pejabat Kualiti dan Transformasi Digital (UTMDX) menyemarakkan Bulan Kemerdekaan menerusi Program Semarak Merdeka 2026 yang berlangsung dalam suasana santai dan penuh semangat kebersamaan.

Program turut diserikan dengan simbolik perasmian Bulan Kemerdekaan melalui penanaman pokok bunga raya, bunga kebangsaan Malaysia, oleh YBhg. Prof. Ts. Dr. Wan Mohd Nasir Wan Kadir, Penolong Naib Canselor (Kualiti dan Transformasi Digital). Penanaman ini menjadi simbolik harapan agar semangat kemerdekaan dan kecintaan kepada Malaysia terus mekar dalam diri warga UTM.

 

Dalam ucapan ringkasnya, Prof. Ts. Dr. Wan Mohd Nasir mengaitkan erti kemerdekaan dengan transformasi digital Universiti – memerdekakan warga daripada proses kerja yang tidak produktif dan sistem usang, mempertahankan kedaulatan data serta keselamatan siber, dan membuka ruang untuk terus berinovasi.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh β€œWira Digital” UTMDX atas komitmen dan usaha di belakang tabir dalam memastikan ekosistem digital Universiti terus berkembang.

Semoga semangat Merdeka ini terus menyatukan warga UTMDX untuk bekerja sebagai satu pasukan, berani keluar daripada zon selesa dan terus memperkasa kemahiran dalam mendepani dunia teknologi yang semakin pantas.

 

Related Articles

Pemurnian Proses Kerja Utama UTM Pemangkin Pembangunan Enterprise Architecture (EA) Universiti

Pemurnian Proses Kerja Utama UTM Pemangkin Pembangunan Enterprise Architecture (EA) Universiti

Pejabat Kualiti dan Transformasi Digital (UTMDX) telah menganjurkan Bengkel Semakan Semula dan Pemurnian Proses Kerja Utama UTM bertempat di Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, UTM Johor Bahru.

Bengkel yang berlangsung selama dua hari dari 17 hingga 18 September 2026 ini melibatkan kehadiran wakil-wakil daripada pelbagai Jabatan dan Pusat Tanggungjawab (PTJ) di seluruh universiti.

UTM Open Day