
Sistem UTMLab merupakan sebuah platform pengurusan makmal berpusat yang disokong dan diselenggara oleh UTMDX bagi menaiktaraf proses pengurusan fasiliti makmal kepada operasi digital sepenuhnya. Sistem ini direka bagi membantu urusan warga universiti melalui penawaran pelbagai fungsi kritikal, termasuklah pengurusan tempahan ruang dan peralatan yang sistematik, pelaksanaan modul servis pengujian bagi memudahkan penghantaran sampel penyelidikan, serta kawalan pemantauan keselamatan yang mewajibkan pengguna mendapat kelulusan digital sebelum dibenarkan bekerja di dalam makmal.
Melalui penganjuran klinik bimbingan ini, para penyelidik diberi pendedahan dan latihan amali sebagai persediaan berikutan pelaksanaan proses perolehan bahan kimia secara bersepadu antara Sistem UTMLab dan Sistem RADIS (Research and Development Information System). Bagi merealisasikan keperluan tersebut, pasukan teknikal UTMDX telah melaksanakan kerja-kerja integrasi bersilang antara kedua-dua sistem berkenaan demi mengurangkan kerenah birokrasi, mempercepatkan data kelulusan geran secara automatik, serta memastikan warga penyelidik tidak berhadapan dengan masalah kelewatan ketika membuat perolehan bahan kimia.


Kehadiran UTMDX sebagai tunjang teknikal universiti didorong oleh matlamat untuk menyalurkan perkhidmatan terbaik kepada setiap pusat tanggungjawab (PTJ) agar fasiliti digital yang disediakan beroperasi pada tahap optimum. Fokus UTMDX adalah kepada peranan sebagai entiti penyokong utama yang sedia membantu melancarkan tugasan harian pensyarah, penyelidik, dan pelajar, seterusnya menyumbang kepada kelestarian dan produktiviti ekosistem kualiti proses kerja digital universiti secara menyeluruh.
Related Articles
Pelantikan YBrs. Prof. Ts. Dr. Wan Mohd Nasir bin Wan Kadir sebagai Ketua Pegawai Digital (CDO) UTM
Seluruh warga Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Prof. Ts. Dr. Wan Mohd Nasir bin Wan Kadir atas pelantikan beliau sebagai Ketua Pegawai Digital (CDO) Universiti Teknologi Malaysia yang baharu.
Pelantikan strategik ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan UTM dalam menyokong inisiatif MyDIGITAL dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (RTEDM).
Sesi Demo Sistem Kaunseling Fasa II Mantapkan Persediaan Sebelum Pengujian UAT
Sistem Pengurusan Kaunseling Fasa II yang dibangunkan tahun ini merangkumi modul Kes Rujukan, Perkhidmatan Tambahan, Perkhidmatan Klien Komuniti dan beberapa penambahbaikan pada modul sedia ada serta analitik data kesihatan mental yang selamat dan berkerahsiaan tinggi bagi memudahkan pemantauan serta perkhidmatan sokongan pelajar mahupun staf.
Pemurnian Proses Kerja Utama UTM Pemangkin Pembangunan Enterprise Architecture (EA) Universiti
Pejabat Kualiti dan Transformasi Digital (UTMDX) telah menganjurkan Bengkel Semakan Semula dan Pemurnian Proses Kerja Utama UTM bertempat di Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, UTM Johor Bahru.
Bengkel yang berlangsung selama dua hari dari 17 hingga 18 September 2026 ini melibatkan kehadiran wakil-wakil daripada pelbagai Jabatan dan Pusat Tanggungjawab (PTJ) di seluruh universiti.



