Dalam usaha memacu kecekapan pengurusan kewangan universiti, UTMDX telah menganjurkan  Bengkel Semakan Dan Pengesahan Laporan User Requirement Specification (URS) Dan Gap Analysis Bagi Projek Pembangunan Sistem Maklumat Kewangan Bersepadu UTM. Bengkel ini telah berlangsung pada 11 hingga 13 September 2026 bertempat di Lotus Desaru Beach Resort & Spa.

 

Bengkel penyelarasan ini memfokuskan kepada tiga objektif utama. Pertama, pasukan UTMDX bersama peserta melaksanakan semakan terperinci ke atas draf Laporan URS. Proses ini penting bagi memastikan segala keperluan pengguna yang dikumpulkan menepati operasi sebenar dan selari dengan matlamat kewangan universiti.

Selain itu, sesi ini turut memberikan tumpuan kepada penelitian jurang (gap analysis). Analisis ini dilaksanakan untuk mengenal pasti perbezaan antara proses kewangan sedia ada dengan keupayaan sistem baharu yang dirancang, sekali gus membantu merangka penyelesaian bagi kelancaran peralihan sistem kelak.

Kemuncak bengkel ini adalah proses pengesahan dan persetujuan rasmi (validation & sign-off). Kelulusan akhir daripada pemegang taruh (stakeholders) utama UTM adalah kritikal bagi memberi lampu hijau kepada UTMDX untuk memulakan fasa pembangunan teknikal dan pengekodan mengikut jadual projek.

 
Secara keseluruhannya, penganjuran bengkel oleh UTMDX ini memastikan setiap keperluan sistem diteliti secara terperinci, menjadi asas yang kukuh agar transformasi digital pengurusan kewangan UTM dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Related Articles

UTMDX Perkukuh Sokongan Digital Penyelidikan Melalui Integrasi Sistem UTMLab Bersama PPMU

UTMDX Perkukuh Sokongan Digital Penyelidikan Melalui Integrasi Sistem UTMLab Bersama PPMU

Selaku peneraju agenda transformasi digital dan inovasi pintar universiti, UTMDX sentiasa komited menyokong ekosistem penyelidikan UTM.
Melalui penganjuran klinik bimbingan ini, para penyelidik diberi pendedahan dan latihan amali sebagai persediaan berikutan pelaksanaan proses perolehan bahan kimia secara bersepadu antara Sistem UTMLab dan Sistem RADIS (Research and Development Information System).

UTMDX Laksana UAT Sistem CCTV dan ANPR Bersama Bahagian Keselamatan

UTMDX Laksana UAT Sistem CCTV dan ANPR Bersama Bahagian Keselamatan

Satu lagi pencapaian penting dilakarkan oleh pasukan teknikal UTMDX apabila fasa User Acceptance Test (UAT) bagi sistem pemantauan CCTV dan Automatic Number Plate Recognition (ANPR) di pintu masuk utama kampus telah berjaya disempurnakan baru-baru ini.

Fasa pengujian di lapangan ini merupakan proses teknikal yang sangat kritikal bagi UTMDX untuk menilai prestasi operasi yang sebenar.

Pelantikan YBrs. Prof. Ts. Dr. Wan Mohd Nasir bin Wan Kadir sebagai Ketua Pegawai Digital (CDO) UTM

Pelantikan YBrs. Prof. Ts. Dr. Wan Mohd Nasir bin Wan Kadir sebagai Ketua Pegawai Digital (CDO) UTM

Seluruh warga Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Prof. Ts. Dr. Wan Mohd Nasir bin Wan Kadir atas pelantikan beliau sebagai Ketua Pegawai Digital (CDO) Universiti Teknologi Malaysia yang baharu.
Pelantikan strategik ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan UTM dalam menyokong inisiatif MyDIGITAL dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (RTEDM).

UTM Open Day