9 Oktober – Seluruh warga Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Prof. Ts. Dr. Wan Mohd Nasir bin Wan Kadir atas pelantikan beliau sebagai Ketua Pegawai Digital (CDO) Universiti Teknologi Malaysia yang baharu.

Pelantikan strategik ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan UTM dalam menyokong inisiatif MyDIGITAL dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (RTEDM). Ia sejajar dengan hasrat kerajaan untuk memperkasakan agenda "Memacu Transformasi Digital Sektor Awam", sekaligus menjadikan UTM sebagai perintis kepada ekosistem digital pendidikan tinggi yang berinovasi dan lestari.

Di bawah kepimpinan baharu ini, Pejabat Kualiti dan Transformasi Digital UTM (UTMDX) yakin bahawa YBrs. Prof. Ts. Dr. Wan Mohd Nasir akan terus cemerlang dalam memimpin dan memacu transformasi digital UTM ke arah merealisasikan aspirasi pendigitalan negara secara menyeluruh.

Tahniah dan selamat menjalankan tugas diucapkan daripada seluruh warga UTM!

Related Articles

Pemurnian Proses Kerja Utama UTM Pemangkin Pembangunan Enterprise Architecture (EA) Universiti

Pemurnian Proses Kerja Utama UTM Pemangkin Pembangunan Enterprise Architecture (EA) Universiti

Pejabat Kualiti dan Transformasi Digital (UTMDX) telah menganjurkan Bengkel Semakan Semula dan Pemurnian Proses Kerja Utama UTM bertempat di Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, UTM Johor Bahru.

Bengkel yang berlangsung selama dua hari dari 17 hingga 18 September 2026 ini melibatkan kehadiran wakil-wakil daripada pelbagai Jabatan dan Pusat Tanggungjawab (PTJ) di seluruh universiti.

UTM Open Day