JOHOR BAHRU, 18 September — Pejabat Kualiti dan Transformasi Digital (UTMDX), Jabatan Canseleri, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menganjurkan Bengkel Semakan Semula dan Pemurnian Proses Kerja Utama UTM bertempat di Dewan Bankuet, Aras 3, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, UTM Johor Bahru.
 

 

Bengkel yang berlangsung selama dua hari dari 17 hingga 18 September 2026 ini melibatkan kehadiran wakil-wakil daripada pelbagai Jabatan dan Pusat Tanggungjawab (PTJ) di seluruh universiti. 

Program pada hari pertama dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Pendaftar UTM, Dato' Dr. Mohd Sharil bin Abdullah, sebelum diteruskan dengan sesi bengkel pemurnian proses kerja secara mendalam.
Pada hari kedua, bengkel diteruskan dengan sesi pembentangan oleh setiap PTJ bagi membentangkan hasil pemurnian aliran proses kerja utama masing-masing. Penganjuran bengkel ini merupakan salah satu inisiatif strategik UTMDX dalam menyelaraskan pembangunan Enterprise Architecture (EA) UTM, bagi memastikan keselarasan antara strategi universiti, proses kerja, aplikasi, data, serta teknologi.
 
Menerusi komitmen dan pembentangan daripada para peserta, usaha ini dijangka dapat meningkatkan kecekapan operasi serta penyampaian perkhidmatan digital UTM, sekali gus memacu agenda transformasi digital universiti secara berterusan.

Related Articles

UTMDX Perkukuh Sokongan Digital Penyelidikan Melalui Integrasi Sistem UTMLab Bersama PPMU

UTMDX Perkukuh Sokongan Digital Penyelidikan Melalui Integrasi Sistem UTMLab Bersama PPMU

Selaku peneraju agenda transformasi digital dan inovasi pintar universiti, UTMDX sentiasa komited menyokong ekosistem penyelidikan UTM.
Melalui penganjuran klinik bimbingan ini, para penyelidik diberi pendedahan dan latihan amali sebagai persediaan berikutan pelaksanaan proses perolehan bahan kimia secara bersepadu antara Sistem UTMLab dan Sistem RADIS (Research and Development Information System).

UTMDX Laksana UAT Sistem CCTV dan ANPR Bersama Bahagian Keselamatan

UTMDX Laksana UAT Sistem CCTV dan ANPR Bersama Bahagian Keselamatan

Satu lagi pencapaian penting dilakarkan oleh pasukan teknikal UTMDX apabila fasa User Acceptance Test (UAT) bagi sistem pemantauan CCTV dan Automatic Number Plate Recognition (ANPR) di pintu masuk utama kampus telah berjaya disempurnakan baru-baru ini.

Fasa pengujian di lapangan ini merupakan proses teknikal yang sangat kritikal bagi UTMDX untuk menilai prestasi operasi yang sebenar.

Pelantikan YBrs. Prof. Ts. Dr. Wan Mohd Nasir bin Wan Kadir sebagai Ketua Pegawai Digital (CDO) UTM

Pelantikan YBrs. Prof. Ts. Dr. Wan Mohd Nasir bin Wan Kadir sebagai Ketua Pegawai Digital (CDO) UTM

Seluruh warga Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Prof. Ts. Dr. Wan Mohd Nasir bin Wan Kadir atas pelantikan beliau sebagai Ketua Pegawai Digital (CDO) Universiti Teknologi Malaysia yang baharu.
Pelantikan strategik ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan UTM dalam menyokong inisiatif MyDIGITAL dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (RTEDM).

UTM Open Day