Satu lagi pencapaian penting dilakarkan oleh pasukan teknikal UTMDX apabila fasa User Acceptance Test (UAT) bagi sistem pemantauan CCTV dan Automatic Number Plate Recognition (ANPR) di pintu masuk utama kampus telah berjaya disempurnakan baru-baru ini.
Sebagai penggerak utama infrastruktur digital universiti, UTMDX menggalas tanggungjawab penting di sebalik kelancaran projek ini bermula daripada reka bentuk rangkaian dan penyediaan infrastruktur fizikal sehinggalah kepada tahap integrasi perisian. Sesi UAT ini telah digerakkan secara kolaboratif bersama pihak Bahagian Keselamatan UTM selaku pengguna akhir dan pemilik sistem bagi memastikan penyelarasan operasi yang berkesan di lapangan.
Fasa pengujian di lapangan ini merupakan proses teknikal yang sangat kritikal bagi UTMDX untuk menilai prestasi operasi yang sebenar. Melalui ujian ini, pasukan teknikal dapat mengukur kelajuan pemindahan data rangkaian serta meneliti ketepatan bacaan plat kenderaan dalam pelbagai situasi trafik yang sebenar.
Ujian menyeluruh yang dijalankan adalah satu jaminan daripada pihak UTMDX bahawa sistem yang dibangunkan benar-benar stabil dan beroperasi pada tahap optimum sebelum ia diserahkan sepenuhnya untuk kegunaan tugasan harian anggota keselamatan.
Kejayaan inisiatif ini membuktikan komitmen berterusan UTMDX dalam menyediakan penyelesaian digital yang praktikal bagi memudah cara urusan rakan-rakan Pusat Tanggungjawab yang lain. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua warga kerja UTMDX yang terlibat dalam merealisasikan projek ini dalam usaha berterusan menyokong visi Smart Campus UTM.


Related Articles
UTMDX Perkukuh Sokongan Digital Penyelidikan Melalui Integrasi Sistem UTMLab Bersama PPMU
Selaku peneraju agenda transformasi digital dan inovasi pintar universiti, UTMDX sentiasa komited menyokong ekosistem penyelidikan UTM.
Melalui penganjuran klinik bimbingan ini, para penyelidik diberi pendedahan dan latihan amali sebagai persediaan berikutan pelaksanaan proses perolehan bahan kimia secara bersepadu antara Sistem UTMLab dan Sistem RADIS (Research and Development Information System).
Pelantikan YBrs. Prof. Ts. Dr. Wan Mohd Nasir bin Wan Kadir sebagai Ketua Pegawai Digital (CDO) UTM
Seluruh warga Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Prof. Ts. Dr. Wan Mohd Nasir bin Wan Kadir atas pelantikan beliau sebagai Ketua Pegawai Digital (CDO) Universiti Teknologi Malaysia yang baharu.
Pelantikan strategik ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan UTM dalam menyokong inisiatif MyDIGITAL dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (RTEDM).
Sesi Demo Sistem Kaunseling Fasa II Mantapkan Persediaan Sebelum Pengujian UAT
Sistem Pengurusan Kaunseling Fasa II yang dibangunkan tahun ini merangkumi modul Kes Rujukan, Perkhidmatan Tambahan, Perkhidmatan Klien Komuniti dan beberapa penambahbaikan pada modul sedia ada serta analitik data kesihatan mental yang selamat dan berkerahsiaan tinggi bagi memudahkan pemantauan serta perkhidmatan sokongan pelajar mahupun staf.



