21 September — Pejabat Kualiti dan Transformasi Digital (UTMDX) telah menganjurkan sesi Demo Sistem Pengurusan Kaunseling Fasa II bertempat di Bilik Mesyuarat HIK, UTMDX, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
 
Sesi penting ini turut dihadiri oleh Ketua Bahagian Pentadbiran & Sokongan Digital UTMDX, Encik Helmee bin Yaacob, Ketua Seksyen Aplikasi Sokongan, Tn. Hj. Madradzi bin Muhamad, serta yang menjalankan fungsi Pengarah Pusat Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UTM, Dr. Nik Rafidah Nik Yusoff.

Sistem Pengurusan Kaunseling merupakan sub sistem di bawah Psychological & Counselling System (PsyCare) yang telah dibangunkan oleh pasukan ini sejak tahun 2024. Sistem PsyCare ini juga merangkumi sub sistem lain iaitu Sistem Pengurusan Psikometrik. PsyCare ini secara menyeluruh merupakan platform digital khusus yang dibangunkan untuk menguruskan perkhidmatan psikologi dan kaunseling warga UTM secara berasaskan dalam talian.

Sistem Pengurusan Kaunseling Fasa II yang dibangunkan tahun ini merangkumi modul Kes Rujukan, Perkhidmatan Tambahan, Perkhidmatan Klien Komuniti dan beberapa penambahbaikan pada modul sedia ada serta analitik data kesihatan mental yang selamat dan berkerahsiaan tinggi bagi memudahkan pemantauan serta perkhidmatan sokongan pelajar mahupun staf.

Sistem Pengurusan Kaunseling merupakan sub sistem di bawah Psychological & Counselling System (PsyCare) yang telah dibangunkan oleh pasukan ini sejak tahun 2024. Sistem PsyCare ini juga merangkumi sub sistem lain iaitu Sistem Pengurusan Psikometrik. PsyCare ini secara menyeluruh merupakan platform digital khusus yang dibangunkan untuk menguruskan perkhidmatan psikologi dan kaunseling warga UTM secara berasaskan dalam talian.

Sesi demonstrasi Fasa II ini menjadi langkah kritikal bagi memastikan fungsi dan aliran kerja perkhidmatan kaunseling dapat memenuhi spesifikasi teknikal serta keperluan pengguna secara tepat. Sesi ini juga berfungsi sebagai platform interaktif untuk mendapatkan maklum balas segera dan cadangan penambahbaikan sebelum sistem melangkah ke fasa Pengujian Penerimaan Pengguna (User Acceptance Testing - UAT) seterusnya dilancarkan secara rasmi kelak.

Related Articles

UTMDX Perkukuh Sokongan Digital Penyelidikan Melalui Integrasi Sistem UTMLab Bersama PPMU

UTMDX Perkukuh Sokongan Digital Penyelidikan Melalui Integrasi Sistem UTMLab Bersama PPMU

Selaku peneraju agenda transformasi digital dan inovasi pintar universiti, UTMDX sentiasa komited menyokong ekosistem penyelidikan UTM.
Melalui penganjuran klinik bimbingan ini, para penyelidik diberi pendedahan dan latihan amali sebagai persediaan berikutan pelaksanaan proses perolehan bahan kimia secara bersepadu antara Sistem UTMLab dan Sistem RADIS (Research and Development Information System).

UTMDX Laksana UAT Sistem CCTV dan ANPR Bersama Bahagian Keselamatan

UTMDX Laksana UAT Sistem CCTV dan ANPR Bersama Bahagian Keselamatan

Satu lagi pencapaian penting dilakarkan oleh pasukan teknikal UTMDX apabila fasa User Acceptance Test (UAT) bagi sistem pemantauan CCTV dan Automatic Number Plate Recognition (ANPR) di pintu masuk utama kampus telah berjaya disempurnakan baru-baru ini.

Fasa pengujian di lapangan ini merupakan proses teknikal yang sangat kritikal bagi UTMDX untuk menilai prestasi operasi yang sebenar.

Pelantikan YBrs. Prof. Ts. Dr. Wan Mohd Nasir bin Wan Kadir sebagai Ketua Pegawai Digital (CDO) UTM

Pelantikan YBrs. Prof. Ts. Dr. Wan Mohd Nasir bin Wan Kadir sebagai Ketua Pegawai Digital (CDO) UTM

Seluruh warga Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Prof. Ts. Dr. Wan Mohd Nasir bin Wan Kadir atas pelantikan beliau sebagai Ketua Pegawai Digital (CDO) Universiti Teknologi Malaysia yang baharu.
Pelantikan strategik ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan UTM dalam menyokong inisiatif MyDIGITAL dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (RTEDM).

UTM Open Day