Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) telah berjaya mengadakan Bengkel Perancangan Strategik CICT 2017 pada 17 hingga 19 Januari 2017 yang bertempat di Scholar’s Inn dan Dewan Seminar MJIT Tingkat 3, UTM Kuala Lumpur. Peserta bengkel adalah terdiri daripada Pengurusan Atasan serta Pegawai-Pegawai Teknologi Maklumat, CICT.

Profesor Dr. Shahrin bin Mohammad, Pengarah Kanan Pusat Kualiti dan Pengurusan Risiko (QRiM), UTM telah dilantik sebagai Fasilitator di dalam bengkel kali ini. Pelbagai inisiatif telah diperbincangkan dalam Bengkel Perancangan Strategik CICT 2017 bagi membantu pihak CICT melaksanakan pelan perancangan yang lebih berimpak tinggi selaras dengan halatuju Universiti.

Galeri foto Bengkel Perancangan Strategik CICT 2017 (1) ….
Galeri foto Bengkel Perancangan Strategik CICT 2017 (2) ….

Bengkel Perancangan Strategik CICT 2017