Pada 16 Mac 2016, Fakulti Komputeran telah mengadakan Lawatan Akademik ke Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi (CICT). Rombongan terdiri dari 36 orang pelajar turut diiringi oleh 2 orang pensyarah iaitu Dr. Md. Hafiz bin Selamat & Dr. Masmonah binti Ali telah disambut oleh Tuan Haji Samsudin bin Nyat bersama dengan wakil pengurusan CICT pada pukul 9.00 pagi. Sesi lawatan dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Tuan Haji Samsudin berkenaan struktur organisasi dan fungsi bahagian-bahagian yang terdapat di CICT. Kemudian sesi soal jawab diadakan bagi memberikan lagi pencerahan mengenai CICT. Sebelum lawatan sekitar CICT dijalankan, sesi pemberian cenderamata telah disempurnakan.

Rombongan kemudian dibawa melawat ke Gallerium CICT dimana penerangan oleh Tuan Haji Samsudin & Encik Helmee mengenai perkakasan seperti komputer dan server yang telah digunakan oleh CICT. Kemudian, rombongan diteruskan dengan melawat Pusat Perkhidmatan ICT Pelajar (PPICTP) dimana Puan Siti Faridah telah memberikan penerangan mengenai perkhidmatan oleh PPICTP yang disediakan untuk pelajar. Bilik SMAL merupakan tempat terakhir yang dilawati rombongan ini dengan Puan Sarimah Nor telah menerangkan mengenai peralatan yang disediakan bagi pembangunan web & multimedia. Lawatan Akademik ini tamat pada pukul 11.30 pagi.