LAWATAN PEJABAT PENDAFTAR KE CICT SEMPENA PROGRAM ORIENTASI & SOSIALISASI UTM SIRI 4/2018

Universiti Teknologi Malaysia melalui Seksyen Pembangunan, Bahagian Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar telah menganjurkan Program Orentasi & Sosialisasi UTM Siri 4/2018 dan Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT), UTM Johor Bahru adalah salah satu tempat yang harus dilawati.  Lawatan bagi program Orientasi & Sosialisasi UTM Siri 4/2018 tersebut adalah pada 30 April 2018 bermula jam 2.45 petang hingga 3.30 petang.

Delegasi seramai 6 orang Staf Kumpulan Akademik dan Kumpulan Pelaksana yang baru dilantik  di UTM ini telah diberi taklimat ringkas mengenai fungsi dan kemudahan yang disediakan oleh Pihak CICT.   Delegasi tersebut telah dibawa melawat Galerium CICT dan taklimat telah disampaikan oleh Encik Abd. Haris bin Ismail dan Encik Helmee bin Yaacob, Pegawai Teknologi Maklumat, CICT.