Taklimat Pemusatan Skim FPengurusan Universiti melalui mesyuarat Jawatan Kuasa Pengurusan Universiti pada bulan Jun 2016 telah meluluskan pemusatan staf Skim F di bawah seliaan CICT. Ini bermakna Pengurusan Staf Skim F akan diuruskan oleh CICT di bawah kawalan pejabat pendaftar universiti. Isu pemusatan staf skim F ini telah lama diutarakan sejak dari tahun 2013 dan baru kini dipersetujui di peringkat universiti.

Rasionalisasi pemusatan staf skim F ini adalah bagi menggembeling sumber-sumber dan pegawai-pegawai ICT di UTM secara optimum dan diuruskan secara paling efisyen dan efektif, menyedia dan menyelaras laluan kerjaya dan skim latihan serta penilaian yang lebih adil kepada semua staf di dalam skim ini dan penyelarasan senarai tugas dan skop kerja setiap gred Skim Teknologi Maklumat. Dengan ini akan memberikan peluang yang sama kepada staf dalam meningkatkan laluan kerjaya dan kenaikan pangkat.

Statistik Staf Skim FTerdapat seramai 185 staf berada di dalam skim ini, dimana 117 staf berada di CICT dan 68 staf lagi berada di PTJ-PTJ. Bagi melaksanakan langkah pemusatan ini, beberapa siri taklimat dan penerangan akan dilaksanakan bagi memberi pemahaman kaedah perlaksanaan yang akan dijalankan.

Baru-baru ini pada 3 Oktober 2016 telah diadakan sesi penerangan kepada semua staf skim F di seluruh UTMJB bertempat di Dewan Seminar CICT. Agenda penerangan adalah berkaitan dengan pelan tindakan dan pencapaian semasa CICT sepanjang tahun 2016 dan disusuli dengan taklimat pemusatan skim F, kaedah dan perlaksanaannya. Satu siri taklimat lagi akan diberikan kepada staf skim F di UTMKL pada 3 November 2016.

Dijangkakan pemusatan staf skim F ini akan dimulakan pada Januari 2017 melalui 2 fasa utama yang akan melibatkan kumpulan skim tertentu seperti kumpulan FT dan kumpulan F29 keatas. Diharapkan dengan pemusatan staf Skim F ini, objektif dan rasionalisasi pemusatan akan tercapai dan perkhidmatan ICT di UTM akan bertambah cemerlang bagi membantu pencapaian perkhidmatan berkualiti tinggi yang diharapkan.

Pemusatan Staf Skim F [format pdf]