csr-stf1Selasa, 20 Oktober 2016 – Sekolah Tun Fatimah merupakan sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi dan terpilih sebagai salah satu daripada dua belas buah sekolah yang akan terlibat dengan 21st Century Education.

Lanjutan itu, pihak CICT dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan telah bersetuju untuk menjayakan Projek Menaiktaraf Kemudahan WiFi di sekolah berkenaan sebagai salah satu usaha projek CICT CSR (Corporate Social Responsibility). Selain itu, CICT juga bersedia membantu STF dalam memberi khidmat nasihat perkhidmatan ICT yang lain sebagai projek CSR pada fasa selanjutnya. Projek CICT CSR-WiFi ini bermula dengan tinjauan dan lawatan tapak yang telah dilaksanakan oleh Bahagian Pengurusan Infrastruktur dan Operasi (IOM) CICT ke STF pada 13 Februari 2016 yang lalu. Lawatan tersebut diketuai oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Infrastruktur dan Operasi CICT pada masa itu iaitu Tn. Hj Alias bin Mohd. Selepas draf cadangan awal dikemukakan dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak, projek ini telah di teruskan dengan proses konfigurasi dan pemasangan peralatan pada 5 dan 6 Oktober 2016.

Pihak CICT telah mengadakan mesyuarat susulan dan menerima lawatan persahabatan daripada pihak STF pada 20 September 2016. Delegasi STF diketuai oleh Pengetuanya, Puan Hajah Kamisah binti Aziz, En Muhammad Zawawi Md Noordin (Guru Penyelaras Bestari) dan Pn Norfadilah binti Md Salleh selaku Juruteknik Komputer di STF. Delegasi STF telah dibawa melawat ke beberapa lokasi strategik CICT seperti Makmal Pelajar, Makmal Multimedia dan Produksi (SMAL) serta CICT Galerium selepas sesi meyuarat diadakan. Projek CICT CSR-WiFi ini telah selesai pada 9 Oktober 2016.