Ucapan Penghargaan dan Tahniah

Y.Bhg. Prof. Dr. Ali bin Selamat

Prof. Madya Dr. Mohd Shahizan bin Othman

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Y.Bhg. Prof. Dr. Ali bin Selamat, Pengarah CICT telah dilantik sebagai Dekan MJIIT mulai 1 Februari 2018.   Manakala Prof. Madya Dr. Mohd Shahizan bin Othman, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Pembangunan Aplikasi (ADM), telah dilantik sebagai Pengarah CICT mulai 1 Februari 2018.

Seluruh warga CICT mengucapkan TAHNIAH di atas perlantikan tersebut dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas segala sumbangan dan jasa bakti Y.Bhg. Prof Ali bin Selamat semasa mengetuai CICT  dan kami juga mengucapkan TAHNIAH di atas pelantikan baharu Prof. Madya Dr. Shahizan bin Othman sebagai Pengarah CICT.

Semoga Y.Bhg. Prof/Dr.  akan terus cemerlang dan memberikan khidmat bakti yang terbaik bagi meningkatkan lagi perkhidmatan berprestasi tinggi di peringkat UTM dan antarabangsa.

Selamat maju jaya.