Seramai 1,757 orang graduan telah menerima ijazah dan diploma masing-masing bersempena dengan Majlis Konvokesyen UTM Kali Ke-62 yang telah berlangsung pada 29 hingga 30 April 2019, dalam tiga sesi penganugerah. Daripada jumlah keseluruhan penerima, seramai 227 orang graduan menerima Ijazah Doktor Falsafah, 741 orang graduan Ijazah Sarjana, 741 orang graduan lain Ijazah Sarjana Muda, dan 48 orang graduan Diploma. Selain itu, seramai 232 graduan daripada jumlah tersebut merupakan graduan antarabangsa, dengan pelajar dari Nigeria mencatatkan jumlah graduan tertinggi seramai 45 orang. Tahniah diucapkan kepada para graduan!

Salah seorang daripada penerima Ijazah tersebut adalah staf Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) telah berjaya menamatkan pengajian iaitu Puan Zuraidah bte Yahya telah dianugerahkan Sarjana Muda Sains Komputer (Rangkaian dan Keselamatan Komputer).   Penyampaian ijazah telah disempurnakan oleh Pro-Canselor UTM, iaitu YBhg. Tan Sri Dr. Salleh bin Mohd. Nor.

CICT khususnya dan UTM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada semua graduan dan terutama kepada Puan Zuraidah bte Yahya.  Tahniah dan Syabas!