Anugerah Citra Karisma 2024

Anugerah TEKNOLOGI MAKLUMAT

ANUGERAH TEKNOLOGI MAKLUMAT 2024
(TAHUN PENILAIAN 2023)

TUJUAN

Anugerah Teknologi Maklumat (ATM) 2024 diwujudkan bagi mengiktiraf Fakulti/Jabatan yang telah berusaha secara berterusan bagi memperkasakan penggunaan ICT secara meluas dan inovatif  dalam meningkatkan keberkesanan dan kualiti urustadbir serta perkhidmatan kepada pelanggan. Anugerah ini juga bertujuan meningkatkan imej dan daya saing antara Fakulti/Jabatan dalam melaksanakan tugas dan aktiviti menggunakan ICT serta membuat transformasi secara inovatif dan kreatif.

Anugerah Teknologi Maklumat adalah memfokuskan kepada Fakulti/Jabatan yang menggunakan kemudahan ICT dan  mengaplikasikan sistem Universiti yang telah dibangunkan secara menyeluruh dan berkesan dalam melaksanakan urustadbir organisasi.

KATEGORI

Fakulti / Jabatan

HADIAH

Hadiah yang ditawarkan kepada Fakulti/Jabatan yang memenangi anugerah ini adalah berupa wang tunai berjumlah RM3,000.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Ribu Sahaja), plak dan sijil penyertaan. Sijil penyertaan akan diberikan kepada semua Fakulti/Jabatan yang menyertai anugerah ini.

KRITERIA PENILAIAN  

  • Pemilihan ATM 2024 adalah berdasarkan kepada empat (4) komponen utama yang ditetapkan iaitu :-
  1. Komponen A :        Perkhidmatan ICT (30%)
  2. Komponen B       :   Governan (20%)
  3. Komponen C       :   Pembudayaan ICT (40%)
  4. Komponen D :       Kualiti/Pengiktirafan (10%)
  • Audit penggunaan ICT di peringkat Fakulti/Jabatan (sekiranya perlu).

SYARAT PENYERTAAN

Penyertaan WAJIB ATM 2024 kepada semua Fakulti/Jabatan seperti di bawah:
  1. Jabatan Canseleri
  2. Jabatan Timb. Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
  3. Jabatan Timb. Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
  4. Jabatan Timb. Naib Canselor (Pembangunan)
  5. Jabatan Timb. Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar)
  6. Jabatan Pendaftar
  7. Jabatan Bendahari
  8. Perpustakaan UTM
  9. Fakulti Kejuruteraan Elektrik
  10. Fakulti Kejuruteraan Awam
  11. Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
  12. Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Tenaga
  13. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
  14. Fakulti Alam Bina dan Ukur
  15. Fakulti Sains
  16. Fakulti Pengkomputeran
  17. Fakulti Pengurusan
  18. Azman Hashim International Business School
  19. Razak Faculty of Technology and Informatics
  20. Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT)
  • Unit/Bahagian yang ingin menyertai anugerah ini, perlu melalui Pusat Tanggungjawap masing-masing seperti senarai di atas.

TARIKH TUTUP PENYERTAAN

Dokumen lengkap salinan softcopy dalam format pembentangan Power Point (ppt) dan Portable Document Format (pdf) (maksimum 25 slaid) beserta write up (maksimum 3 mukasurat beserta gambar maksimum 3 keping gambar) hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya sebelum atau pada jam 3:30 petang, 25 April 2024 (Khamis), ke alamat berikut :

 Urusetia  
Anugerah Teknologi Maklumat 2024 (ATM 2024)
 Jabatan Perkhidmatan Digital (UTMDigital)
Universiti Teknologi Malaysia
 Johor Bahru
Tel. : 07- 553 2841/ 5532849 / 5532794
E-mel : atm@utm.my, azniza@utm.my
Laman Web: https://digital.utm.my/atm

Sesi pembentangan Fakulti/Jabatan akan dibuat kepada Panel Penilai ATM 2024 yang akan ditentukan tarikh dan masanya oleh Urusetia ATM 2024.

Penyertaan yang lambat akan ditolak 5% dari keseluruhan markah asal  yang diperolehi.

BORANG PENCALONAN

KRITERIA DAN KOMPONEN PENILAIAN

LAMPIRAN

 

KOMPONEN MARKAH PENUH
KOMPONEN A: PERKHIDMATAN ICT 30
KOMPONEN B: GOVERNAN 20
KOMPONEN C: PEMBUDAYAAN ICT 40
KOMPONEN D: KUALITI/PENGIKTIRAFAN   10
JUMLAH 100

 

 

KOMPONEN Markah
KOMPONEN A: PERKHIDMATAN ICT 30

1.    Senaraikan perkhidmatan ICT di Pusat Tanggungjawab (PTJ) bagi menyokong operasi harian merangkumi:

a.  Infrastruktur (kemudahan wifi, komputer dan lain-lain).

b.  Infostruktur (sistem-sistem utama Universiti, dashboard data analitik).

c.  Sistem-sistem yang dibangunkan oleh PTJ dan mendapat kelulusan serta mengikut amalan terbaik pembangunan sistem.

12
2.    Nyatakan polisi/garis panduan/prosidur/peraturan bagi menyokong perkhidmatan ICT yang digunakan.  8
3.    Kaedah pengukuran kepada perkhidmatan ICT yang disediakan melalui kajian kepuasan pelanggan atau lain-lain (sila nyatakan).  10
KOMPONEN B: GOVERNAN 20

1.   Struktur Pengurusan dan sokongan Pengurusan Atasan

1.1  Struktur governan ICT di PTJ

a.    Sumber manusia – Ratio staf PTJ/pelajar dengan Staf yang melaksakan tugasan IT dengan lantikan.

b.    Ratio staf IT dengan alatan ICT

c.      Struktur governan ICT di PTJ.

1.2    Jaringan hubungan dengan UTMDigital dalam perlaksanaan projek ICT PTJ

–       Sila lampirkan bukti berkaitan seperti sebarang perolehan, pembangunan sistem, keselamatan ICT adalah dirujuk kepada UTMDigital atau mengikut peraturan/ polisi yang dikeluarkan oleh UTMDigital.

 10

2    Perancangan Strategik ICT

      2.1    Adakah perancangan ICT termasuk di dalam perancangan strategik terkini PTJ atau sebarang  perancangan ICT ada dibuat?

2.2.  Nyatakan tahun perancangan dibuat dan tempoh perancangan tersebut

2.3    Senaraikan strategi/inisiatif/aktiviti ICT yang terlibat.

 10
KOMPONEN C: PEMBUDAYAAN ICT  40
1.  Penggunaan kemudahan ICT sedia ada untuk meningkatkan produktiviti PTJ (contoh Data Driven, Google Calendar, Google Form, Webex atau lain-lain). Sila senaraikan dan terangkan impak inisiatif.  10
2.   Inisiatif ICT untuk menyokong kelestarian kewangan. Sila Senaraikan dan terangkan.   4
3.  Sumbangan inisiatif ICT kepada komuniti dalam dan atau luar UTM. Sila Senaraikan dan terangkan.  4

4.    Inisiatif ICT yang menambah nilai servis perkhidmatan sedia ada di PTJ (contoh: penggunaan Voice Over IP (VOIP) menggantikan sistem telefon sedia ada/pemasangan sensor automatik untuk pintu masuk bangunan). Sila senaraikan dan terangkan.

a. Senaraikan inisiatif ICT yang dilaksanakan untuk memenuhi keperluan staf/pelajar
b. Tahap keberkesanan pelaksanaan inisiatif tersebut (bagi setiap item a)
c. Perancangan jangka panjang inisiatif tersebut (Jika ada).

 10
5.   Program kesedaran/latihan ICT yang dilaksanakan. Sila senaraikan dan terangkan.  8
6.   Kolaborasi dengan PTJ lain dalam melaksanakan inisiatif ICT selari dengan aspirasi ISES UTM. Sila senaraikan aktiviti dan terangkan.  4
KOMPONEN D: KUALITI/PENGIKTIRAFAN   10
1.   Pensijilan ICT yang diperolehi oleh PTJ dan Staf (makmal atau lain-lain)   3
2.   Pengiktirafan yang telah diperoleh pada tahun 2022 terhadap inisiatif/ perkhidmatan ICT dilaksanakan (peringkat PTJ, universiti, kebangsaan atau lain-lain)   4
3.   Menjadi rujukan/penanda aras kepada PTJ lain/organisasi luar berkaitan inisiatif ICT yang dilaksanakan.  3

 

SILA LAMPIRKAN BUKTI UNTUK SETIAP PERKARA DI ATAS.

MARKAH BONUS (5%)
1.    Kreativiti dalam pembentangan (penggunaan info grafik, jadual, gambar rajah dan lain-lain)
2.    Penyampaian
3.    Penampilan
4.    Komitmen pengurusan atasan PTJ
5.    Maklumbalas dan kebolehan menjawab soalan