KATEGORI FAKULTI / JABATAN
TUJUAN
Anugerah Teknologi Maklumat 2021 (ATM 2021) diwujudkan bagi mengiktiraf Fakulti/Jabatan yang telah berusaha secara berterusan bagi memperkasakan penggunaan ICT secara meluas dan inovatif dalam meningkatkan keberkesanan dan kualiti urustadbir serta perkhidmatan kepada pelanggan. Anugerah ini juga bertujuan meningkatkan imej dan daya saing antara Fakulti/Jabatan dalam melaksanakan tugas dan aktiviti menggunakan ICT serta membuat transformasi secara inovatif dan kreatif.
Anugerah Teknologi Maklumat adalah memfokuskan kepada Fakulti/Jabatan yang menggunakan kemudahan ICT dan mengaplikasikan sistem Universiti yang telah dibangunkan secara menyeluruh dan berkesan dalam melaksanakan urustadbir organisasi.
SYARAT PENYERTAAN
- Penyertaan WAJIB ATM 2021 kepada semua Fakulti/Jabatan seperti di bawah:
Bil | Nama Fakulti/Jabatan |
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. |
Jabatan Canseleri Jabatan Timb. Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Jabatan Timb. Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Jabatan Timb. Naib Canselor (Pembangunan) Jabatan Timb. Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Jabatan Pendaftar Jabatan Bendahari Jabatan Harta Bina Perpustakaan UTM Fakulti Kejuruteraan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Fakulti Alam Bina dan Ukur Fakulti Sains Azman Hashim International Business School Razak Faculty of Technology and Informatics Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT) |
- Unit/Bahagian yang ingin menyertai anugerah ini, perlu melalui Pusat Tanggungjawap masing-masing seperti senarai di atas.
HADIAH
Hadiah yang ditawarkan kepada Fakulti/Jabatan yang memenangi anugerah ini adalah berupa wang tunai berjumlah RM3,000.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Ribu Sahaja), plak dan sijil penyertaan. Sijil penyertaan akan diberikan kepada semua Fakulti/Jabatan yang menyertai anugerah ini.
KRITERIA PENILAIAN
Pemilihan ATM 2021 adalah berdasarkan kepada empat (4) komponen utama yang ditetapkan iaitu :-
- Komponen A : Perkhidmatan ICT (30%)
- Komponen B : Governan (20%)
- Komponen C : Pembudayaan ICT (40%)
- Komponen D : Kualiti/Pengiktirafan (10%)
Audit penggunaan ICT di peringkat Fakulti/Jabatan (sekiranya perlu).
TARIKH TUTUP PENYERTAAN
Dokumen lengkap salinan softcopy dalam format pembentangan Power Point (ppt) dan Portable Document Format (pdf) (maksimum 25 slaid) berserta write up (maksimum 3 mukasurat berserta gambar) hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya sebelum atau pada jam 5.00 petang, 11 April 2022 (Isnin) ke alamat berikut :
Urusetia
Anugerah Teknologi Maklumat 2021 (ATM 2021)
Jabatan Perkhidmatan Digital (UTMDigital)
Universiti Teknologi Malaysia
Johor Bahru
Tel. : 07-5532627/32629
E-mel : utmdigital@utm.my
Sesi pembentangan Fakulti/Jabatan yang disenarai pendek akan dibuat kepada Panel Penilai ATM 2021 yang akan ditentukan tarikh dan masanya oleh Urusetia ATM 2021.
Maklumat Lanjut:
Digital Care
UTMDigital JB
Block D07
Department of Digital Services
Universiti Teknologi Malaysia
81310 UTM Johor Bahru
Johor Darul Takzim, Malaysia
Hours
Sun – Wed: 8.30am – 4.30pm
Thursday: 8.30am – 3.00pm
Friday – Saturday: Closed
Call (Digital Care)
(6) 07 553 2136
Email (Digital Care)
digitalcare@utm.my

UTMDigital KL
Department of Digital Services
Universiti Teknologi Malaysia
Jalan Sultan Yahya Petra
54100 Kuala Lumpur
Malaysia
Hours
Mon – Fri: 8.30am – 4.30pm
Sat – Sun: Closed
Call (Digital Care KL)
(6) 03 2615 4440